PENGENALAN
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah pada awal penubuhannya dikenali sebagai Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah – Machang yang telah diasaskan pada 15 September 1982 dan menguruskan pengurusan pendidikan bagi daerah Tanah Merah dan Machang. Pejabat ini terletak di Blok B, Sekolah Menengah Tanah Merah dan Pegawai Pelajaran Daerah yang pertama ialah Tuan Haji Hassan Bin Yaacob.
Pada 1 Januari 1986, Daerah Jeli telah dijadikan satu daerah baru di bawah sistem pentadbiran negeri Kelantan dan urusan pendidikan bagi daerah ini telah dimasukkan di bawah PPD ini, maka PPD telah dinamakan PPD Tanah Merah – Machang – Jeli (PPD TMMJ). Pada tahun yang sama, PPD TMMJ telah berpindah ke tempat baru iaitu di dua rumah guru berhadapan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 2. Pada tahun 1998, PPD mendapat bangunan baru yang lebih luas dan selesa iaitu bangunan Sekolah Kebangsaan Sri Suria 1. Bangunan ini telah diubahsuai menjadi pejabat yang lebih kondusif dan teratur.
Pada 1 April 2004, apabila berlakunya penstrukturan semula PPD seluruh Kelantan, PPD TMMJ telah dipecahkan dan bergabung dengan daerah Jeli menjadi PPD Tanah Merah – Jeli. Kemudian 1 April 2008, PPD Tanah Merah telah berpisah dengan daerah Jeli apabila Jeli mempunyai PPD nya sendiri.
Pada tahun 2012, PPD Tanah Merah telah berpindah ke bangunan baru yang beralamat di Jalan Hospital, Tanah Merah dan bangunan ini amat kondusif dan memberikan keselesaan kepada semua pegawai/kakitangan PPD.
Terdapat 50 buah sekolah yang berada di bawah jagaan PPD Tanah Merah terdiri daripada 33 buah sekolah kebangsaan, 1 buah sekolah jenis Kebangsaan (Cina), 11 buah sekolah menengah, 4 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan 1 buah kolej vokasional.
Carta Organisasi

VISI / MISI
- VISI – SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
- MISI – MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
FUNGSI
- Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid
- Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek sahsiah, sukan dan kokurikulum.
- Meningkatkan bilangan sekolah yang berprestasi tinggi dalam peperiksaan awam.
- Meningkatkan tahap pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berlandaskan pematuhan terhadap prosedur pengurusan, arahan perbendaharaan dan tatacara kewangan.
- Meningkatkan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan untuk menjadi pendidik dan pemimpin yang lebih berkesan.
- Membentuk pasukan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus sekolah kea rah kecemerlangan.
- Mengurus serta menyediakan prasarana, aplikasi dan peralatan ICT yang mencukupi dan kondusif untuk menyokong kelangsungan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Memantapkan sistem pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti melalui penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi tuntutan piagam pelanggan berlandaskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
- Membina perhubungan dan pemuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.
PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN KAUNTER
- Memastikan petugas kaunter sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra, cekap dan segera dari mmasa ketibaan pelanggan.
- Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat.
- Memastikan setiap aduan bermaklumat lengkap yang diterima dikeluarkan surat akuan terima kepada pengadu dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh terima aduan dan surat jawapan hasil siasatan akan disampaikan kepada pengadu bermaklumat lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh disahkan.
- Memastikan segala pendapat, cadangan serta teguran yang membina dapat dilayan dengan segera.
PENGURUSAN SEKOLAH
- Memastikan segala maklumat terkini mengenai pendidikan dapat disebar dengan cekap dan betul.
- Memastikan pertukaran pelajar diuruskan serta-merta
- Memastikan penempatan pelajar diuruskan dalam tempoh 24 jam.
Memastikan rayuan penempatan dan pertukaran pelajar diselesaikan dalam tempoh 1 hari bekerja - Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
- Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
- Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi diri secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Semua program sokongan pendidikan diagih secara adil dan telus kepada pelajar yang berhak.
- Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru maktab dan unirversiti dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru yang secukupnya mengikut keperluan sekolah dua minggu sebelum sekolah dibuka.
- Memastikan surat penempatan guru dan pertukaran guru ke negeri atau daerah dapat diuruskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh senarai guru diterima atau dari tarikh permohonan diluluskan.
- Memastikan urusan dan keputusan dilaksanakan secara integrity, telus, adil dan bertanggungjawab.
PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN LATIHAN
- Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukkan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan diisi.
- Memaklumkan kekosongan semua jawatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan enam bulan sebelum tarikh persaraan kakitangan
PENGURUSAN KEWANGAN
- Memastikan semua bil dan tuntutan diproses dan dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh diterima dengan lengkap dan sempurna.
PENGURUSAN PEPERIKSAAN
- Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
- Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat,
ALAMAT PPD TANAH MERAH DAN LOKASI
Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah
Jalan Hospital
17500 Tanah Merah
Kelantan
Telefon : 09-9544000
Faks : 09-9544004
Email : ppdtmerah@moe.gov.my




