
Peranan dan Tanggungjawab
Berikut adalah peranan dan tanggungjawab yang terlibat dalam pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM)
- Merangka ,merancang dan mengurus pelaksanaan inisiatif ICT berdasarkan Dasar Pendidikan Diital dan Pelan Transfomasi ICT KPM
- Menerima ,melulus dan menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada pemilik projek ICT berkaitan permohonan perkhidmatan teknikal ICT yang memerlukan penglibatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat & JTK
- Merancang,menyedia keperluan peruntukan dan agihan waran peruntukan kepada JPN bagi pelaksanaan inisiatif ICT dan perkhidmatan teknikal ICT
- Memantau dan memastikan pelaksanaan perkhidmatan teknikal ICT oleh sekolah ,PPD,JPN dan Bahagian berdasarkan garis panduan yang telah disediakan
- Menilai keberkesanan pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT melalui pelaporan dalam minit mesyuarat ketua-ketua sector pengurusan maklumat JPN,Pelaporan dari ISD dan Pemantauan dilokasi.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)
- Menyelaras ,menyelia dan memantau perkhidmatan teknikal ICT diperingkat PPD dan Sekolah
- Menyelaras ,mengenalpasti dan meneyemak keperluan peruntukan bagi pengoperasian dan keperluan ICT diperingkat daerah dan sekolah untuk dikemukan ke BPM
- Merangcang dan menyelaras sasaran kerja tahunan bagi pelaksanaan perkhidmatan ICT diperingkat sekolah bersama penyelaras Penolong Pegawai Teknologi Maklumat & JTK
- Memantau dan memastikan pelaksanaan perkhidmatan teknikal ICT oleh sekolah dan PPD berdasarkan garis panduan yang telah disediakan.
- Melaksanakan pemantauan dan melaporkan status pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT dalam mesyuarat ketua-ketua sector pengurusan maklumat JPN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
- Melaksanakan perkhidmatan teknikal ICT berdasarkan garis panduan yang telah disediakan.
- Memastikan pelaksanaan sebagaimana sasaran kerja tahunan yang ditetapkan oleh JPN
- Menyediakan maklumat keperluan peruntukan bagi pengoperasian dan keperluan ICT diperingkat sekolah.
- Melapor status pelaksanaan pemusatan perkhidmatan teknikal ICT kepada JPN.
PENUTUP
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan dokumen berikut bagi aspek berkaitan pengurusan perkhidmatan teknikal ICT :
- Prosedur Meja Perkhidmatan ICT (ICT service Desk ,ISD) Kementerian Pendidikan Malaysia
- Pekeliling –pekeliling ,dasar – dasar dan kontrak yang berkuatkuasa atau arahan dari masa kesemasa berkaitan pelaksanaan projek ICT
Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh semua pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan peusatan perkhidmatan teknikal ICT diperingkat JPN dan PPD yang dilaksanakan secara Task Force.








Leave a Reply