Ucaptama Penyelaras PTIS TM

Alhamdullilah segala puji bagi allah akhirnya kami daripada PASUKAN TEKNIKAL ICT SEKOLAH TANAH MERAH  telah berjaya menyiapkan laman web bagi menguruskan Pasukan Teknikal dengan lebih cekap dan dalam menyempaikan maklumat dengan lebih cepat. Laman sesawang kami gunakan adalah https://www.ptistm.net ini diurus tadbir secara berpasukan dan tiada kaitan dengan mana-mana Agensi /Unit/Jabatan atau mana-mana Individu yang terlibat dalam membangunkan laman web ini. Dana untuk menyiapkan sesawang web ini ditanggung sendiri oleh kami  Pasukan Teknikal ICT Sekolah.Pasukan Teknikal ICT Sekolah ditubuhkan secara Task Force, warant perjawatan kami sekarang berada dibawah Jabatan Pelajaran Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) ,segala isu berkaitan cuti , dan penilaian prestasi dinilai oleh (Unit HRMIS ICT JPN) ,manakala penempatan,gaji dan tuntutan kami ditempatkan di PPD Tanah Merah. Walaubagaimana pun Peranan dan Pusat tanggungjawab kami di sekolah Seliaan masing-masing dipantau oleh KPPD .Dalam Pasukan kami terdiri daripada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer yang bertindak juruteknik komputer dalam membantu sekolah seliaan kami.

https://www.ptistm.net dibangunkan adalah hanya ini untuk melatih kemahiran kami menggunakan Programming,HTML,CSS,Javascript ,membiasakan pasukan menguasai pelbagai kemahiran Teknikal yang boleh disampaikan dengan pantas

https://www.ptistm.net ini adalah salah satu platform yang kami usahakan bagi memudahkan Guru ICT di sekolah Seliaan kami selaras dengan maklumat yang kami dapat dengan tepat.Dengan membina laman web ini akan dapat memudahkan urusan kami selaku pegawai dalam mengendalikan maklumat peralatan sekolah seliaan kami dengan cepat dan cekap

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan penuh hikmah, bagi mengemukakan isu isu semasa yang berkaitan dengan hal-hal ICT. Semoga ia dimanafa’atkan oleh semua lapisan masyarakat yang cintakan kebenaran, keamanan dan kedamaian. Sekian wassalam

PENAFIAN

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan harta intelek yang komprehensif atau lengkap. Laman web ini tidak bermaksud untuk memberikan apa-apa nasihat sama ada yang profesional, dari segi perundangan atau apa-apa nasihat yang lain berkenaan harta intelek atau berkaitan dengannya. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pasukan Teknikal ICT Sekolah PPD Tanah Merah  akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, PTIS TM tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. PTIS TM atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *